Assalamualaikum. Today dia kejut, alahai kacau line sungguh. Indahnya kalau bangun lambat tapi kena bangun awal jugak ._. Dan paling tak sangka aku dikejutkan dgn ayat keramat yg tidak sanggup aku dengar, iaitu.. "Kakak comel bangunlah harini nak pergi beli baju sekolahh".
Haha k jangan percaya, semua itu dusta semata-mata. Tak mungkin adik aku sanggup cakap macam tu. So bergerak lah kami ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Bertiga iaitu aku bersama adik serta ibu. Dapat tracksuit dua, alhamdulillah.
Lepastu jadi org hilang ingatan, Canggih pun dah tak tahu dkt mana. Naik tingkat 3, rupanya di tingkat 2 sahaja. Setelah itu kami bergerak ke Ani Sup Utara. 1st time tak order kueyteow sup. Dan telah mendapat sebuah botol minuman yg sungguh comel. Entah berapa kali je aku pernah ada botol air sendiri. Heh, sadis.
Setelah ticket parking dibayar maka keluarlah kami dari PAS. Dan kemudian menuju ke Ole-ole. Sempat main game di tingkat 3. Juga telah dibelanja sekeping waffle oleh ibu, walaupun perut kata tak mahu tapi nafsu kata mahu! Jadi tersumbatlah waffle tersebut ke dalam perutku. Terima kasih sekali lagi ibu!
Jadi sekian sahaja kisahku pada hari ini. Juga terdapat perkara yg tidak dinyatakan atas faktor tertentu. Namun cerita ini masih sama, tiada cacat celanya. Ayat terakhir sebelum kita berpisah; TAKNAK SEKOLAH TAHUN DEPAN BOLEH TAKKK?!