Sayangnya ALLAH kepada perempuan. Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Nak kena tutup sana, tutup sini. Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising.
Perempuan, stoking pun kena pakai. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.
Confirm tak tahan tutup semua. Tapi perempuan cool je.
Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang? Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit.
Nak pergi kelas pun susah. Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit.
Cuba tengok budak lelaki, selamba je. Kadang-kadang setahun sekali pun susah nk dapat sakit.
Tapi perempuan hidup berpuluh puluh tahun dgn penyakit tiap-tiap bulan, survive je.
Tengah-tengah sakit pun boleh lagi senyum sampai org pun tak perasan yg dia sakit.
Hebat kan perempuan? Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Hati ni Allah jadikan lembut betul. Cepat je sensitive.
Cuba tengok orang yg putus cinta, selalu perempuan yg paling susah nk lupa.
Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru.
Cuba pergi tengok wayang cerita hindustan. Siapa yg paling teruk menangis?
Perempuan kan? Lelaki boleh gelak gelak lagi.
Lembut tak lembut hati perempuan.
Tp dgn hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai yg merajuk dgn Allah.
Diorang ckp, Allah tk adil. Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah.
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah mcm jaga seorang anak perempuan.
Dan disebabkan perasaan negatif dkt Allah ni, ramai perempuan kat luar sana yg bebel.
Diorang pakai pakaian yg tidak menurup aurat dgn alasan 'lelaki tak payah tutup pun'.
Diorang berani bertepuk tampar dgn lelaki.
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dgn janji kekasih yg busuk hati.
Kesian kan dekat diorang?
Disebabkan fikiran negatif dkt Allah, diorg sanggup gadaikan diri diorg.
Diorang cakap diorg buat macam tu sbb Allah tak adil.
Persoalannya sekarang, betul ke Allah tak adil dgn perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tapi cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan ibunya?
Betul, isteri kena dengar cakap suami.
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari ayahnya.
Tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tp Allah sayang sgt dkt perempuan.
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
Kalau paling banyak dia ada 4 org isteri, cuma ada 4 org yg syurganya bergantung pd seorang lelaki itu.
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 org anak lelaki.
Bermakna ada 15 org yg syurganya terletak pd seorang perempuan itu.
MasyaAllah, hebatnya perempuan kan? Kenapa perempuan hebat?
Sebab kasih syg Allah yg jadikan kita hebat. Cuba dengar pula lagu-lagu yg berkumandang dkt radio.
Byk lagu pasal perempuan kan? Contohnya macam lagu Sumaiyah. Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.
Sayang tk sayang Allah dkt prmpuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dkt dunia.
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya. Orang akan cakap :
'Disebalik kejayaan seorg lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'.
Kita tak pernah dengar orang cakap ;
'Disebalik kejayaan seorg perempuan terdapat seorg lelaki di belakangnya'.
Kan? Hebat tak Allah jadikan seorang perempuan tu?
Masih tak adil lagi kah Allah dekat perempuan? Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.
Sampaikan disebabkan susahnya jadi perempuan ni, perempuan senang nk masuk syurga.
Tengok hadis ni :
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yg dia sukai". - Hadis Riwayat Ahmad
Tak adil lagikah Allah dekat perempuan? Oh perempuan, sedarlah.
Betapa sayangnya Allah dekat kita, betapa cintanya Allah dekat kita.
Tapi kenapa kita nak rosakkan diri kerana fikiran-2 negatif yg tidak berasas dkt Allah?
Bayangkan, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan.
Dan seindah indah hiasan itu adalah wanita solehah.
Kesiannya dkt kita kalau kita tolak untuk jd seindah hiasan kan?
Sekadar perkongsian bersama :>
" Wahai kaum Adam.. Hargailah wanita yg berada disisimu.. Bimbinglah dia, kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur hawa dgn cara yg baik dan kena dgn caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu, lindungilah dia dari fitnah dunia.. Bukankah Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi?"
Credit to -> Facebook :)