Apa yang anda tak tahu tentang seorang ayah;
Munngkin ibu lebih kerap menelefon utk bertanyakan ttg keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Saat kita sakit/demam, ayah sering membentak "Sudah diberitahu, jangan minum ais!" Tapi tahukah kita bahawa ayah sangat risau?
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "Tidak boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya.. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke universiti/kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya, Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan menepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari Ayah.. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya.. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan, Ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu, bahawa Ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana Ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik.. Bahagiakanlah putera puteriku yang manis bersama pasangannya.."
Setelah itu Ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang utk menjenguk.. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita..
Almost cry reading this. Credit [click]