Friday, November 11, 2011

11/11/11?


Hai wahai pembaca yang disayangi sekalian. Cewahh bangga korang ye, dah dah tak payah nak tersengih sesorang depan screen korang tu. Buat malu je :p Haha lately ni aku terlebih peramah pulak ye? Lantak. Janji ada orang follow, hehehe :p 

Hmm berkenaan dgn tarikh harini iaitu 11.11.11, bukan main femes lagi kau ye dekat fesbuk. Kalau boleh semua orang nak update status diorang pasal tarikh ni. Naik muak! Tenung calendar tu sorang sorang tak boleh ke? Nak kecoh jugak -_- Weh bro lantak kau lah nak buat apa pun masa 11/11/11, okay? 

As for me, my 11/11/11 alhamdulillah just fine :'> Bangun macam biasa, makan nasi lemak pada pukul 12 tengah hari, haha cool tak? Aku tahu korang takde. And aku taburkan parmesan cheese atas telur yg aku goreng untuk dimakan bersama nasi lemak tu. Nampak tak macam mana aku menambah lemak? -.-

Sidai kain and gosok baju sekolah adik, and then menghadap tv tengok cerita CSI : NY ulangan yg semalam. Astro memang suka ulang ulang kan? -.- Lepastu tak habis habis concert dekat 104. Sempena 11.11.11 kot? Tapi Shahir sumpah handsome, hewhewhew :3 Tak tahan tengok dia, melting! 

At night pergi makan McD. Weh tahu tak aku rasa lately ni aku dah overdose makan, like seriously! Haritu pergi makan dekat Fish Manhattan, lepastu dekat Pizza Hut, and hari selepas tu pergi makan meatballs dekat Ikea \err lupa nak cerita/ and today makan McD pulak. Sumpah banyak gila makan! 

Lepastu berangan nak kurus. Ya Allah please lah weh tampar je perempuan ni. Makan berpuluh tong tapi ada hati nak kurus. Lepastu mengeluh apahal gemuk sangat. Sumpah annoying gila kan? -_- Burger quarter pounder tadi pun tak makan lagi. Haih. Gila makanan betul.

But whatever it is, alhamdulillah I enjoyed my 11/11/11. Bergelak ketawa sampai tak ingat dunia dgn family, sangat gembira. Rasanya 11/11/11 lebih baik daripada 10/10/10. Wait, sape je kesah? Haha. Okay, esok nak pergi date. So, enjoy your "12/11/11". Goodbye!