Hi, assalamualaikum. Guys, dah masuk bulan October. Ya Allah ya Allah ya Allah cepatnya masa berlalu.. Like seriously susah nak percaya! Rasa macam baru je nak beli kasut untuk masuk sekolah. Rasa macam baru je nak singgah Canggih beli baju sekolah. Rasa macam baru je nak pilih beg sekolah. Rasa macam.. arghh!
Semuanya terasa macam baru nak bermula sedangkan semuanya sedang.. berakhir. Ye, 2011 sedang berakhir. Kita sedang berada di penghujung 2011. MasyaAllah.. Terasa nak menangis! Meraung, meratapi semua ini. Tapi untuk apa? 9 bulan telahpun berlalu. Dan kini, kita berada di bulan yang kesepuluh. MasyaAllah..
Hm. Secara jujurnya, aku sayangkan 2011. Ye, aku sayang akan tahun ini. Tahun ini terasa begitu bermakna! Walaupun telah banyak air mata yang menitis, acapkali hati dihiris sembilu, namun aku begitu sayangkan 2011. Entah mengapa.. jangan ditanya. Mungkin kerana.. adanya si dia? Haha. Cinta bukan segala galanya. Kejap, layakkah suka itu digelar cinta? Disaat umur baru mencecah belasan tahun.. adakah sudah mempunyai perasaan cinta? Sungguh, aku geli hati.
Sudah sempurnakah cinta kita kepada yang Esa sehingga kita mencintai hambaNya? Aku rasa TIDAK. Sedangkan aku pun sering lalai dan alpa dalam mengingatiNya, inikan mereka? Yang asyik dalam mabuk asrama. Nauzubillah. Maafkan aku, Ya Allah. Sungguh banyak dosaku padaMu. Setelah diberikan kesakitan, barulah hambaMu ini terhegeh hegeh untuk mengingatiMu. Astaghfirullahalazim.
Kita tidak seharusnya membazirkan masa. Apatah lagi aku. Terlampau asyik dengan dunia ciptaan sementara. MasyaAllah, sedarkan aku. Aku tidak mahu terus lalai. Aku mahu bangkit! Aku mahu terus berdiri dan tidak jatuh lagi! Tapi.. mampukah aku? Aku seharusnya.. berada di hadapan buku sekarang. Membuat ulangkaji, bukannya menghadap Internet setiap masa! Ini semua angkara Barat..
Sungguh, aku inginkan kejayaan. Sungguh, aku mahu capai kegembiraan. Sungguh.. aku mahu cemerlang! Aku tidak mahu dilabel mundur dan semakin menjunam. Tidak! Aku perlu bangkit.. Mengukuhkan benteng diri. Bermunajat kepada Yang Esa dan tidak tenggelam dalam permainan dunia.. Ya Allah ya Tuhanku, aku inginkan kecemerlangan. Aku impikan kejayaan! Aku mahukan 'A' dalam setiap subjek. Ya Allah, bantulah aku. Bimbinglah aku ke jalan yang benar..
Namun, tiada kejayaan tanpa usaha. Tiada kecemerlangan tanpa cita-cita. Tiada A tanpa kesungguhan. Sesungguhnya usaha tangga kejayaan.. Diselangi dengan tawakal dan redha. Jadi.. doakan aku. Semoga aku berjaya.
AKU IALAH CALON PMR 2012.