Tuesday, September 27, 2011

Tuesday, 27th September 2011.


Hi readers! Peace be upon you. Hari ini saya pergi sekolah macam biasa :3 Budak rajin, jangan lah jealous ye? Haha. Jadi seperti yg diberitahu oleh guru semalam, saya dapat hadiah harini. Jadi saya pun pergi ke hadapan kedai buku bersama Shadatul Nisha dan Qaisara untuk mengambil hadiah. 

Memang ramai sangat pelajar yg menerima hadiah harini. Katanya, dalam 120 orang pelajar. Fuh, ramainya! Memang padat di hadapan kedai buku. Sesak sungguh! Nasib baik ada ruang untuk kami. Oh ya, termasuk Ummu Salamah juga. Hampir terlupa kerana dia mengambil hadiah yg berlainan dgn kami. 

Kami menerima hadiah untuk subjek Sejarah, manakala dia untuk Geografi. Memang sungguh tidak kami jangkakan. Kerana kami sangatlah lemah utk kedua-dua subjek ini. Tp bukan bg Qaisara semestinya. Baiklah, Ummu memenangi tempat kedua utk buku nota geografi tercantik bg tingkatan 2. Juara dimenangi oleh budak petang. Tp serius, kelakar kan?

Kami punya terlebih lah kelakar. Tidak sangka kami menang utk Modul Sejarah Terbaik! Bg tingkatan 2 lah semestinya. Sedangkan modul saya itu, tidak lengkap pun! Banyak soalan yg saya tinggalkan. Tp memang patut lah pun, saya dapat tempat kedua sahaja. Tempat pertama dimonopoli oleh SN manakala ketiga pula oleh QQQ. 

Setiap kali saya dapat hadiah, mesti yg kedua ataupun ketiga. Kenapa, kenapa, kenapaaaa?! Hina sungguh kah diri saya? :/ Alahai sedih sungguh hati ini. Apakan daya, cuma setakat itu sahaja rezekinya. Namun, saya masih bersyukur. Terima kasih Ya Allah! Hari ini saya tidak menghadiri latihan untuk drama. Malas sungguh rasanya. Jadi saya rasa, setakat ini sahaja dahulu. Sehingga bertemu di lain kali!
Nasib baik cikgu bm tak masuk tadi. Homework done! :")